Perkahwinan adalah satu upacara yang penting dalam hidup kita dan ia hadir dengan belanja kos yang agak besar. Jika anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tetapi masih mencari sumber kewangan, apa kata anda pertimbangkan pilihan pinjaman peribadi bank islam untuk perkahwinan anda. Pastikan anda memilih pinjaman perkahwinan yang paling sesuai dengan kemampuan anda!

Source: Cincinnikah.net

 

Apakah Kriteria yang Kami Gunakan Ketika Membuat Senarai Pilihan Pinjaman Dari Bank?

Dalam menilai kelayakan seseorang, pihak bank selalunya melihat kepada beberapa perkara. Anda perlu tahu akan perkara ini kerana ia memberikan petunjuk sama ada permohonan pinjaman perkahwinan bank islam anda itu akan diterima atau tidak.

Dalam senarai yang kami berikan di sini, ada beberapa benda yang kami tetapkan sebagai panduan. Antaranya adalah:

  • Berapakah gaji tetap bulanan anda? Semakin tinggi gaji, semakin banyak pilihan yang ada di tangan anda. Tanpa gaji tetap, agak sukar untuk anda mendapatkan loan peribadi bank islam.
  • Adakah anda pekerja kerajaan atau swasta? Pekerja kerajaan mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk dibuang kerja. Maka, bank suka. Jumlah pinjaman yang diberikan kepada anda sebagai pekerja kerajaan adalah lebih tinggi berbanding kerja swasta.
  • Pinjaman peribadi bank islam atau konvensional? Dalam artikel ini, kami menyediakan pilihan berunsur islamik untuk pinjaman perkahwinan anda. Kami galakkan anda memilihnya kerana ia tiada unsur riba’ atau haram. Mulakan perkahwinan anda dengan kaki kanan dan secara halal. Ada keberkatannya di situ.

 

Pilihan Pinjaman peribadi Bank Mengikut Tangga Gaji Anda

Antara cara paling mudah untuk mendapatkan sumber kewangan secara cepat, mudah, dan halal adalah dengan membuat pinjaman peribadi bank islam.

Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa pilihan pinjaman peribadi dari bank yang bersesuaian dengan tangga gaji anda.

 

A.   Tangga Gaji RM2,000 – RM3,000 Sebulan

Jika anda mempunyai gaji yang tetap pada kadar RM2,000 –RM3,000 sebulan, berikut merupakan pilihan yang boleh anda cuba.

RHB Easy-Pinjaman Ekspres

  • Pinjaman ini membenarkan anda untuk meminjam sehingga RM150,000! Kadar faedah pembayaran pula adalah antara 8.18% sehingga 11.8%.
  • Tempoh pinjaman – 1 ke 5 tahun.
  • Syarat umur 21 – 55 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – Serta merta!

Source: iMoney.my

 

AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-I

  • Bagi bank AmBank, mereka juga menawarkan pinjaman peribadi bank hingga RM100,000. Faedahnya pula adalah pada 8.0%.
  • Tempoh pinjaman – 1 ke 8 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 2 hari bekerja

 

Bank Rakyat Personal Financing-i Private Sector

  • Lagi satu alternatif pinjaman peribadi bank buat anda adalah dari Bank Rakyat. Pinjaman yang layak buat anda adalah sehingga RM150,000 dengan kadar faedah 6.16%.
  • Tempoh pinjaman – 1 ke 10 tahun.
  • Syarat umur 18 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 5 hari bekerja

 

Hong Leong Islamic Personal Financing-i

  • Bank Hong Leong juga tidak ketinggalan memberikan kemudahan pinjaman kepada mereka yang bergaji RM2,000. Anda boleh memohon sehingga RM150,000 dan dikenakan faedah 12%.
  • Tempoh pinjaman – 1 ke 5 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 2 hari bekerja

 

BSN MyRinggit-i PRIMA Personal Financing

  • Jika anda seorang doktor dan gaji permulaan anda bermula dari julat RM3,000 ke RM4,000, BSN ada menyediakan pakej khas buat anda. Pinjaman dibenarkan adalah sehingga RM200,000 dengan kadar faedah 6.5%.
  • Tempoh pinjaman – 2 ke 10 tahun.
  • Syarat umur 21 – 65 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 5 hari bekerja

 

Maybank Islamic Personal Financing-i

  • Dengan gaji RM2,000, anda mungkin tidak layak untuk mendapat pinjaman wang peribadi dari Maybank. Namun, dengan gaji RM3,00, pelan ini adalah untuk anda. Kadar pinjaman adalah RM100,00 dengan faedah 7%.
  • Tempoh pinjaman – 2 ke 6 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 2 hari bekerja

Source: E-pinjaman.com

 

B.    Tangga Gaji RM4,000 – RM5,000 Sebulan

Jika anda memerlukan sedikit bantuan kewangan bagi majlis perkahwinan anda yang bakal menjelang, berikut merupakan beberapa pelan pinjaman peribadi yang bersesuaian dengan pendapatan bulanan anda.

Ia adalah pilihan bagi mereka yang bergaji antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Alliance Islamic Bank CashVantage Personal Financing-i

  • Dengan gaji bulanan antara RM4,000 hingga RM5,000, anda layak untuk memohon pinjaman ini. Jumlahnya adalah sehingga RM150,000 dengan kadar faedah 7.68%.
  • Tempoh pinjaman – 1 ke 7 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 48 jam

 

Bank Islam Personal Financing-I (Package) 

  • Jika anda berada pada tangga gaji ini, lagi satu pinjaman peribadi bank islam untuk anda adalah dari pakej dari Bank Islam. Kadar pinjaman peribadi bank islam yang dibenarkan adalah sehingga RM150,000 pada faedah 6%.
  • Tempoh pinjaman – 1 ke 10 tahun.
  • Syarat pinjaman peribadi bank islam dari segi umur ialah 18 hingga 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 5 hari bekerja

Source: Bankislam.com.my

 

C.    Tangga Gaji RM5,000 hingga RM10,000

Selalunya, orang menyangka yang mereka bergaji sehingga RM10,000 sebulan tidak perlu membuat pinjaman peribadi. Namun, kadangkala, semakin tinggi gaji, semakin tinggi pula kehendak.

Bak kata pepatah melayu lama, semakin besar periuk, semakin banyak pula keraknya.

Jika tangga gaji anda berada dalam julat RM5,000-RM10,000, anda boleh pilih salah satu pelan pinjaman peribadi bank yang berikut.

 

HSBC Amanah Personal Financing-i

  • HSBC merupakan pilihan untuk anda pada gaji RM5,000 sebulan. Anda boleh memohon sehingga RM150,000. Faedahnya juga menarik iaitu hanya 7%.
  • Tempoh pinjaman – 2 ke 7 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 3 hari bekerja

Source: Hsbcamanah.com.my

 

MBSB Private Sector PF-i

  • Lagi satu pilihan pinjaman peribadi bank buat anda adalah dari MBSB dengan pinjaman sehingga RM300,000! Namun, faedahnya adalah setinggi 10.95%.
  • Tempoh pinjaman – 2 ke 10 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 1 hari bekerja

 

Al Rajhi Bank Personal Financing-i

  • Pada kadar pinjaman RM150,000, anda juga boleh cuba memohon dari bank Al Rajhi. Pinjaman peribadinya adalah sehingga RM150,000 dan kadar faedah pembayaran pula adalah 8.25%.
  • Tempoh pinjaman – 2 ke 8 tahun.
  • Syarat umur 28 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 2 hari bekerja

 

BSN MyRinggit-i EKSEKUTIF-1 Personal Financing

  • Ada lagi satu pelan dari BSN untuk anda jika anda bergaji RM5,000 ke atas. Pelan ini membenarkan anda membuat pinjaman hingga RM200,000 dan dikenakan faedah sebanyak 7%.
  • Tempoh pinjaman – 2 ke 10 tahun.
  • Syarat umur 21 – 60 tahun
  • Masa pengesahan pinjaman – 5 hari bekerja

 

Rujukan Pinjaman Peribadi Tambahan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pinjaman peribadi bank islam 2017, anda boleh mendapatkan maklumat daripada laman web iMoney. Ia merupakan laman web kewangan Malaysia yang popular dan boleh dipercayai.

Gunakan kalkulator pinjaman peribadinya di sini.

Berdasarkan senarai di atas, terdapat banyak pilihan pinjaman perkahwinan peribadi dari bank yang boleh anda pohon. Jauhkan diri daripada pinjaman yang tidak halal atau yang boleh memudaratkan diri – meminjam lebih dari kemampuan atau meminjam dari ahlong!

Ambil perhatian juga bahawa kadar di atas mungkin akan berbeza pada masa hadapan. Ianya bergantung kepada polisi semasa bank dan keadaan ekonomi pada waktu nilai pinjaman dan kadar faedah ditentukan.

 

Gunakannya Secara Berhemah dan Selamat Menjadi Raja Sehari!

Akhir sekali, gunalah pinjaman peribadi bank islam ini dengan sebaik mungkin dan pastikan anda membelanjakannya secara berhemah.

Tidak perlu berhabis-habisan untuk majlis yang berlangsung hanya sehari…kan? Selamat berjaya dan selamat melangsungkan hari bahagia bersama pasangan anda!

Sedang merancang perkahwinan anda? Kami sudah menyediakan Senarai Kursus Kahwin Seluruh Negara 2017 untuk rujukan anda!

Comments

  1. Thanks for the great tips! I do have a question however that I think you could probably answer. I was wondering, When you do a mockup design for a responsive website, do you do a mockup for every possible screen sizes? Any insight would be greatly appreciated!

Leave a Reply